Here's a story of a girl,
Living in the lonely world,
A hidden note, A secret crush,
A little boy who talks too much.

Well, I'm standing in the crowd,
And when you smile I check you out,
But you don't even know my name,
You're too busy playing games,

And I want you too know,
If you lose your way,
I won't let you go.

If I cut my hair,
If I change my clothes,
Will you notice me?

If I bite my lip,
If I say hello,
Will you notice me?


PROFILEY






You life your life like a fairy tale... or at least you try to. Living for magical moments, you believe there's only one true love for you. Love is the most important thing in your life, and you don't take it for granted. Your perfect match loves to be in love as much as you do!

Are You Romantic or Realistic?

DESIRESY
Your desires!

LEAVE ME A TAGY

Name :
Web URL :
Message :










EXITSY

...dOwNfOrCe...
...aCaI...
...mAmAjAmBu...
...5sAl...
...mErSiK...
...dIeLLa...
...kAsIh...
...kAkLoNg...
...bOrZaCk...
...dUkE...
...uNcLe...
...kAsSiM sElAmAt...
...ad3ck...
...kErEpEk...
...aYuL...
...kIsSfEeZ...
...muat-turun-naik...
...nAsYiD...
.: sYok.Org : Gudang IT Anda : Mp3 Melayu : Movie : Nokia Software & Etc :.



ARCHIVES;

April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 April 2007 May 2007 June 2008 July 2008 August 2008

CREDITS;

Designer
Photobucket.
Blogger.
Blogskins.
Picture 1
Picture 2
Splatter Brushes
Lyrics of the song "Notice Me" by Zetta Bytes

Wednesday, February 28, 2007
10:33 AM


Bercinta itu suatu hal yang mengesankan dan harus dipertahankan jika memang kamu sudah sepadan. Seperti kata-kata berikut: 'cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan' , yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya adalah sesuatu yang tak mampu kamu ubah.

Seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat. Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa dia itu akan mencintai kamu seperti sebaliknya dalam tahap yang sama. Salah seorang di antara kamu akan memberikan lebih, yang seorang akan merasa kurang. Begitu juga dalam cinta: kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti.

Jangan pernah takut untuk jatuh cinta. Cinta mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita. Tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih... kerana saat itu menyedari bahawa kamu tidak pernah memberi. Cinta itu sebuah jalan, yang melorongkan ke arah kebahagian, tetapi mungkin juga menghumban ke lembah penderitaan jika tersilap langkah.

Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen. Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja, tetapi komitmen membuat kamu 'mempertahankan' .

Cinta tak harus berakhir bahagia, kerana cinta tidak harus BERAKHIR!

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran, melainkan dari HATI.

Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, kerana jika kamu demikian, kamu bukan mencintai, melainkan 'pelaburan'.

Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai, melainkan memanfaatkan.

Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai kerana egomu yang tak berguna itu!

Cinta mungkin akan meninggalkan hati kamu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi sematkan di dalam fikiran kamu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk membalut luka kamu, mengumpul kembali dan mencantum 'pecahan-pecahan kaca' itu sehingga kamu akan menjadi 'kuat' kembali.

'Keberanian yg paling benar adalah ketetapan pd hati yg pasti.....'- NAPOLEON BONARPARTE

Will you ever notice me...

Friday, February 23, 2007
3:59 PM

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar
pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik
serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat
lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai
budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang
ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat
membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu
dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal
itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk
mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak
itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. "
Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok
epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan
pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka
bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita
untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau
boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat
belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.
Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali
lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau.
Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan
akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua
itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan
berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Will you ever notice me...

Thursday, February 15, 2007
1:30 AM

Tanggal 14 Februari,
Tanggal yang amat ngeri,
Disambut di setiap negeri,
Lebih-lebih lagi yang belum bergelar suami isteri,
Badan dan rupa di hias berseri-seri,
Hati berbunga berjumpa kekasih diri.


Tanggal 14 Februari,
Tanggal yang patut dihindari,
Tanggal yang tak patut diikuti,
Cara barat sayang menyayang pada kononnya hari memperingati,
Tapi sebenarnya hari berparti,
Namun itulah yang orang mengaku ISLAM ternanti-nanti.

Tanggal 14 Februari akan muncul tak lama dah,
Tanggal yang boleh menanggalkan aqidah.
Tanggal yang boleh membuatkan rohani tertinggal dari mendapat NUR Allah
Tanggal yang boleh jadi ntahapahantah jika tersalah,
Kalau dah tak sayang kalimah syahadah,
Dan yang tak nak paham sejarah,
Isyyyyy..nak cakap pun payah lah.


Tanggal 14 Februari menjelma bakal ,
Tanggal penuh rahsia romantika mereka yang berfikiran dangkal.
Boleh juga menanggalkan benda yang tak patut ditanggal,
Terserlahlah tubuh yang mengkal,
Sembilan bulan selepasnya zuriat di tinggal merata sebelum sempat tali pusat tertanggal,
Lebih kejam dari hantu penanggal,
Lebih bodoh dari baghal,
Kalau tak pun, layak masuk kategori bebal. > oops…bahasa kasar lagi…

Mak, Ayah, Kakak, Abang,
Risaulah
anak dara bawah tanggungan yang merewang,
Yang baliknya ketika Subuh dah nak bang,
Yang malamnya di bawah ketiak 'abang',
Atau at least (kata mereka) , "hanya berbual bersayang-sayang".
Ketika syaitan berpusu-pusu hendak menyerang,
Silap2 ada yang mengerang di pondok usang,
Jangan lepas tu baru Mak, Ayah, Kakak, Abang, nak pi serangggg…
Dah tak guna dah sebab 'mahkota' dah hilannnngggg....


Tanggal 14 Februari esok lusa,
Janganlah kita bergelumang dosa,
Terikut gaya-gaya amalan yang menempah binasa,
Kononya itulah trend semasa,
Walaupun dah tahu kita nak mati tak tentu masa,
Maka bertaubatlah, dan dari rahmat Allah, janganlah kita berputus asa,
InsyaAllah di bawah jagaan Allah yang Maha Esa.


Wahai kawan2, adik2 dan diri aku sendiri,
Ingatlah tarikh laknat
14 Februari,
Walaupun tarikh itu sendiri tak minta dilaknati,
Jauhilah dari meniru amalan Nasrani,
Kalau sayang ISLAM di hati,
Fahamkanlah rayuan abang mu ini,
Yang cuba ikhlas ingat mengingati,
Demi persaudaraan kita yang suci.

Will you ever notice me...

Wednesday, February 14, 2007
8:34 AM

When a boy...

When a girl...

Will you ever notice me...

Sunday, February 11, 2007
1:20 AM


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang

melabuhkan cintanya pada-Mu,

agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin,

jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya agar tidak

melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,

jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana,

jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak

berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,

jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang

merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,

jika aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku

merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,

jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam

perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan

aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah

berhimpun dalam cinta pada-Mu,

telah berjumpa pada taat pada-Mu,

telah bersatu dalam dakwah pada-MU,

telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.

Kekalkanlah cintanya.

Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada

pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan

kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...

Will you ever notice me...

Tuesday, February 06, 2007
3:20 AM


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Will you ever notice me...

Sunday, February 04, 2007
10:48 AM

seminggu aku mc sbb sakit mata.. uhuhu haru tul..tapi best gak dapat berehat lama kat umah.. tapi rindu.. rindu kat si dia... hehehehe

well next week aku akan kembali bekerja seperti biasa...tapi xtau la sempat ke tak aku berblogging.. bz gak skang nih..

Will you ever notice me...